Friday, November 14, 2008

50 pemain terbaik Arsenal sepanjang zaman

Undian ini adalah berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Arsenal. Senarai akhir 50 pemain adalah berdasarkan ranking individu yang diundi dari penyokong Arsenal seluruh dunia.

50 Pemain terbaik Arsenal Sepanjang Zaman:

1. Thierry Henry

2. Dennis Bergkamp

3. Tony Adams

4. Ian Wright

5. Patrick Vieira

6. Robert Pires

7. David Seaman

8. Liam Brady

9. Charlie George

10. Pat Jennings

11. Freddie Ljungberg

12. Marc Overmars

13. Kanu

14. David O'Leary

15. Sol Campbell

16. David Rocastle

17. Pat Rice

18. Cliff Bastin

19. Ray Parlour

20. Martin Keown

21. Lee Dixon

22. Emmanuel Petit

23. Brian Talbot

24. John Radford

25. Ashley Cole

26. Paul Merson

27. Alan Smith

28. Charlie Nicholas

29. Nicolas Anelka

30. Frank McLintock

31. Ted Drake

32. Nigel Winterburn

33. Sylvain Wiltord

34. Danny Clapton

35. Sammy Nelson

36. Kenny Sansom

37. Michael Thomas

38. Steve Williams

39. Bob Wilson

40. George Armstrong

41. George Eastham

42. George Graham

43. Andy Ducat

44. Malcolm Macdonald

45. Alan Ball

46. Alex James

47. Frank Stapleton

48. Tony Woodcock

49. David Jack

50. Peter Storey

Thursday, November 13, 2008

Stadium Emirates



Stadium Emirates adalah stadium bolasepak yang terletak di Holloway dalam London Borough Of Islington, dan ia adalah milik kepada Kelab Arsenal. Ia dibuka secara rasmi pada Julai 2006. Stadium ini boleh memuatkan kapasiti sehingga 60,432 dan ini menjadikan ia adalah 5 stadium terbesar di United Kingdom dan ketiga terbesar di London, iaitu selepas Wembely dan Twickenham. Semasa dalam perancangan pembikinan nama asalnya adalah Ashburton Grove, selepas menandatangani persetujuan dengan syarikat penerbangan Emirates pada Oktober 2004, ia dinamakan Emirates. Kos stadium ini £430 million

Wednesday, November 12, 2008

Sejarah Stadium Highbury

Stadium Ini di bina pada tahun 1913, Design oleh Archibald iaitu arkitek yang top untuk sukan bola pada ketika itu. Kos stadium adalah £125,000. Game pertamanya ialah pada tahun 1913/14 melawan Leicester Fosse dalam liga Divison Kedua dengan kemenangan 2-1 pada 6 September 1913. Leicester’s Tommy Benfield Skor gol pertama di Stadium itu sementara George Jobey adalah pemain Arsenal pertama menjaringkan Gol di Highbury.



Dibuka : 6 September 1913
Renovated : 1932-36, 1992-93
Ditutup : 7 May 2006
Kos : £125,000 (1913 original)
redevelopment : £175,000 (1930s)
redevelopment : £22.5m (1990s)
Architect : Archibald Leitch (1913 original)
Architect redevelopment : C. W. Ferrier and W. Binnie (1930)

Dipetik dari :Wikipedia, the free encyclopedia

Tuesday, November 11, 2008

Sejarah Arsene Wenger


Dilahirkan di Strasbourg, membesar di kawasan perkampungan Duttlenheim, anak kepada Alphonse Wenger dan ibunya bernama Louise. Keluarganya mempunyai perniagaan automobile sparepart di Strasbourg. Dia menghabiskan masa kecil dengan bermain bola dengan pasukan kelahirannya FC Duttlenheim, penampilan pemain utama pada umur 16 dan kemudian di rekrut ke club As Mutzig. Mempunyai seorang isteri dan anak perempuan dan tinggal di Toteridge, London.

Dia mula bermain sebagai defender untuk amatur club semasa belajar Institut European d'Etudes Commersialis Superieures de Strasbourg di Robert Schuman Universiti dimana dia melengkapkan Master pada 1971. Kerjaya Pro dia bermula pada 1978 iaitu penampilan pertama bersama RC Strasbourg melawan Monaco.Pada 1981 dia mengambil diploma pengurus dan menjadi jurulatih kelab remaja.
Kerjaya utamanya bermula di Nancy pada 1984. Namanya naik bila apabila menjadi pengurus AS Monaco pada 1987 dan menang liga pada 1988 (musim pertamanya bersama Monaco)dan Frech Cup pada 1991. Dipecat dari Monaco pada season 1994/95 akibat season yang buruk dan berada di tangga kesembilan. Setahun kemudian dia mendapat tawaran Menjadi Coach di J-League iaitu Nagoya Grampus Eight dan mendapat Emperor Cup.

Dilantik Sebagai pengurus Arsenal pada 28 September 1996 bagi menggantikan pengurus Bruce Rioch yang dipecat pada Ogos 1996. Wenger adalah pengurus Arsenal pertama yang bukan dari UK. Pada waktu itu beliau tidak begitu dikenali di England. Perlawanan pertamanya adalah lawan Blakburn pada 12 Oktober 1996 dengan kemenangan 2-0. Berada ditangga ketiga pada musim pertamanya bersama Arsenal, tewas bagi kedudukan kedua kepada Newcastle dengan perbezaam jaringan.Tahun keduanya iaitu season 1997/98 dengan memenangi Liga dan FA Cup, double kedua buat sejarah Arsenal. Selepas itu beberapa Musim tidak mendapat sebarang cup. Dia mendapatkan player baru iaitu Sol Campbell, Fredrik Ljunberg, Thierry Henry dan Robert Pires. Dengan bantuan dari pemain-pemain baru ini Arsenal mendapat double semula pada musim 2001/02. Pada musim 2002/03, Arsenal dijangka mengekalkan kejuaraan liga dengan permulaan musim yang hebat, tetapi performance jatuh pada hujung musim dan MU menjuarai liga pada saat-saat Akhir. Arsenal tetap mengekalkan piala FA

Pada musim 2003/04, Arsenal melakarkan sejarah dengan menjuarai liga tanpa kalah selepas 115 (team pertama Preston North End pada 1888/89).
Arsenal mendapat 3 kejuaraan liga dan 4 FA Cup di sepanjang kerjaya Wenger sebagai pengurus Arsenal. Walaubagaimanapun beliau masih mengidam untuk mendapat Champions League. Arsenal hampir untuk mendapat piala Champions League apabila layak ke final pada season 2005/06, namum tewas 2-1 kepada Barcelona

Monday, November 10, 2008

Sejarah Arsenal

Sejarah:

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.

Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.

Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.

Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.
Pemain-pemain dan penyokong-penyokong Arsenal meraikan kejuaraan Liga 2004 mereka dengan sebuah perarakan bas tidak berbumbung

Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu,[3] dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.

Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles";[4] keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuah Rekod negara England. Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.

Mercu:


Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tiga meriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercu Borough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagai serombong asap, tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya, mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini.


Pada tahun 1949, kelab ini telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisan blackletter di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru, "Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau, dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.

Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan mercu itu sebagai trademark, dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal,[5] Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi.


Maka, pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh dihakciptakan.[6] Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisan sans-serif yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para penyokong, denagn sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius berhubungan dengan isu ini.